Cari:
44 Maut Serangan Udara Yemen
2015-06-08 14:03:44 CRI Cetak

Tentera bersekutu yang diketuai Arab Saudi telah melancarkan serangan udara terhadap ibu pejabat tentera kerajaan di pusat bandar Sana'a, ibu negara Yemen semalam, mengakibatkan 44 orang maut dan lebih 100 lagi cedera.

Agensi Berita Yemen (SABA) memetik kenyataan Kementerian Kesihatan negara itu sebagai berkata, serangan udara tersebut di samping memusnahkan ibu pejabat tentera kerajaan, turut memusnahkan beberapa bangunan kediaman penduduk awam di sekitarnya sehingga mengakibatkan kematian dan kecederaan yang teruk.

Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon melalui jurucakapnya mengeluarkan kenyataan kelmarin, menggesa pihak-pihak yang terlibat mengadakan rundingan melalui saluran politik. Menurut kenyataan itu, Presiden Yemen, Abd-Rabbu Mansour Hadi akan menghantar delegasi untuk menyertai rundingan damai pelbagai pihak Yemen yang akan diadakan di Geneva pada 14 Jun ini.

Sejak tentera bersekutu melancarkan serangan udara "The Decisive Storm" terhadap kumpulan militan Houthi di Yemen pada 26 Mac lalu, lebih 1,400 orang maut dan lebih 4,000 lagi cedera dalam konflik dan serangan udara di negara tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China