Menurut maklumat Jabatan Nahas Kapal Bintang Timur, setakat pukul 6.00 petang semalam, bilangan mangsa yang terkorban dalam nahas tersebut mencatat 434 orang, 14 orang diselamatkan, manakala 8 lagi masih hilang. Pada ketika ini, kerja-kerja pengumpulan dan perbandingan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) sedang giat dijalankan.
Menteri Komunikasi dan Pengangkutan China, Yang Chuantang, dalam mesyuarat semalam menggesa usaha mencari mayat mangsa terus dijalankan.