Delegasi Beijing tiba di Lausanne, Switzerland baru-baru ini untuk menyertai sesi pembentangan permohonan untuk menganjurkan Sukan Olimpik Musim Sejuk tahun 2022. Naib Perdana Menteri, Liu Yandong, Pengerusi Majlis Olimpik China merangkap Ketua Pengarah Jabatan Sukan Negara, Liu Peng, dan Datuk Bandar Beijing merangkap Pengerusi Suruhanjaya Permohonan Beijing, Wang Anshun menghadiri sesi pembentangan tersebut.
Dalam sesi tersebut, delegasi Beijing akan membentangkan perancangan dan wawasan Beijing untuk menganjurkan Sukan Olimpik Musim Sejuk dan Sukan Paralimpik Sejuk 2022 kepada anggota Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC).