Pelakon terkenal Hong Kong, Tony Leung Chiu Wai dianugerahi Pingat Seni dan Sastera Perancis kategori pegawai pada 8 Jun lalu atas sumbangannya dalam usaha mendorong pertukaran kebudayaan antara China dan Perancis. Beliau merupakan pelakon China pertama yang memperoleh pingat tersebut.
Tony Leung yang ditemani isterinya, pelakon terkenal, Carina Lau menerima anugerah tersebut daripada Konsul Besar Perancis di Hong Kong dan Macau, Arnaud Barthelemy.