Cari:
China Gesa G7 Hentikan Kenyataan yang Tidak Bertanggungjawab
2015-06-09 17:21:55 CRI Cetak

Jurucakap Kementerian Luar China, Hong Lei, hari ini dalam sidang akhbar menggesa G7 menghentikan kenyataan yang tidak bertanggungjawab dan memberikan sumbangan demi keamanan dan kestabilan serantau.

Manifesto pemimpin yang diumumkan Sidang Kemuncak G7 memberikan perhatian terhadap situasi di Laut China Timur dan Laut China Selatan, menggesa pelbagai pihak menyelesaikan pertikaian secara damai dan menjamin kebebasan penggunaan laut di dunia. Mereka menentang tindakan sesetengah pihak yang berkeras yang bertujuan untuk mengubah situasi semasa seperti menambak laut. Sehubungan dengan itu, Hong mengulas kenyataan G7 tersebut terlalu jauh dengan kebenaran.

China menggesa G7 menghormati kebenaran, menghilangkan prasangka, menghentikan kenyataan yang tidak bertanggungjawab dan memberikan sumbangan demi menyelesaikan pertikaian dan mewujudkan keamanan serantau.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China