Cari:
Kes Jangkitan MERS Korea Selatan Meningkat
2015-06-10 16:14:36 CRI Cetak

Setakat ini, jumlah mangsa kuarantin wabak Sindrom Pernafasan Asia Barat (MERS) di Korea Selatan mencatat 2892 orang dan sebanyak 2208 sekolah telah ditutup bagi mengelakkan penularan wabak itu.

Difahamkan, seorang warga emas yang berumur 68 meninggal dunia semalam dan dilaporkan mempunyai hubungan rapat dengan pesakit ke-14 yang dijangkiti wabak MERS dan merupakan pesakit ke-47 wabak tersebut. Pesakit itu dikuarantin semasa menerima rawatan, namun tidak dapat diselamatkan.

Pemangku Perdana Menteri Korea Selatan, Choi Kyung Hwan hari ini mempengerusikan mesyuarat kerajaan bagi membincangkan langkah pencegahan wabak MERS dan mencadangkan peringkat wabak tersebut ditingkatkan daripada "berjaga-jaga" kepada "serius".

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China