Menurut Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri China, hujan lebat pusingan baharu yang melanda selatan China sejak 7 Jun lalu mengakibatkan banjir, tanah runtuh dan banjir lumpur. Setakat pukul 9.00 pagi semalam, hujan lebat telah meragut 10 nyawa, manakala 4 lagi masih hilang.