Cari:
MERS: Empat Orang Hong Kong Dikuarantin
2015-06-11 13:55:56 CRI Cetak

Menurut laporan media Hong Kong, empat orang wanita yang kembali dari Korea Selatan dikuarantin di hospital semalam kerana disyaki terlibat dengan penyakit Simdrom Pernafasan Asia Barat (MERS).

Menurut Jabatan Kesihatan Hong Kong, tengah hari 9 hingga 10 Jun lalu, pihaknya telah menerima 33 kes yang disyaki jangkitan MERS, antaranya 17 kes telah disahkan negatif setelah menjalani ujian, manakala keputusan bagi 16 lagi masih belum diperoleh. Setakat ini, tiada kes jangkitan MERS dilaporkan di Hong Kong.

Jurucakap Jabatan Kesihatan Hong Kong menasihati orang awam jangan melancong ke Korea Selatan dan mengelakkan lawatan ke kebun pertanian atau kontak dengan unta, burung dan ayam itik ketika melancong ke kawasan Asia Barat.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China