Cari:
IOC Sanjung Tinggi Usaha China
2015-06-11 13:59:04 CRI Cetak
Suruhanjaya Permohonan Menganjurkan Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing telah menyertai sesi interaksi permohonan untuk menganjurkan Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 dan pameran berkenaan. Anggota Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) memuji persiapan China dalam usaha memohon hak penganjuran.

Pengerusi Persatuan Ski Antarabangsa (ISF), Gian Franco Kasper menyatakan bahawa beliau kagum dengan persiapan Beijing yang begitu rapi.

Pengerusi Jawatankuasa Sukan Paralimpik Antarabangsa,

Philip Craven pula berkata, pengalaman menganjurkan Sukan Olimpik 2008 membantu Beijing sekali lagi memohon hak penganjuran temasya sukan ini. Komitmen Beijing yang mengutamakan warisan Sukan Olimpik dan rancangan berterusan amat penting.

Sidang pleno IOC akan diadakan di Kuala Lumpur pada 31 Julai untuk mengundi tuan rumah Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China