Cari:
Zhou Yongkang Hadapi Hukuman Penjara Sepanjang Hayat
2015-06-12 16:38:50 CRI Cetak

Bekas anggota Jawatankuasa Tetap Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China Zhou Yongkang dijatuhi hukuman penjara sepanjang hayat oleh Mahkamah Rakyat Peringkat Tengah Pertama Tianjin semalam berikutan jenayah menerima rasuah, menyalahgunakan kuasa, membocorkan rahsia negara dengan sengaja.

Menurut mahkamah, Zhou Yongkang dijatuhi hukuman penjara sepanjang hayat, dicabut hak politik sepanjang hayat dan disita harta benda pribadi berikutan meneriam rasuah sebanyak RMB 129 juta ( RM77.72 juta). Zhou dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun kerana menyalahgunakan kuasa, mengakibatkan kerugian RMB 148.6 juta (RM 89.53 juta) kepada ekonomi negara sehingga menjejaskan dengan serius harta benda awam serta kepentingan negara dan rakyat. Zhou juga dijatuhi hukuman penjara empat tahun kerana membocorkan rahsia negara.

Zhou Yongkang menyatakan menerima hukuman dalam mahkamah itu dan tidak akan mengajukan rayuan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China