Cari:
Rundingan Bantuan kepada Greece Tergantung
2015-06-12 11:32:27 CRI Cetak

Jurucakap Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Gerry Rice semalam menyatakan bahawa pihaknya telah menggantungkan sementara rundingan bantuan kepada Greece berikutan perselisihan besar pelbagai pihak terbabit dalam bidang utama. Kumpulan perunding IMF telah kembali ke Washington.

Menurutnya, perselisihan pendapat melibatkan pembaharuan pencen, pembaharuan kutipan cukai dan bantuan dana.

Tegasnya, IMF bersedia menyambungkan rundingan dengan Greece pada bila-bila masa, namun masih tiada jadual waktu berkenaan. Pengarah Urusan IMF, Christine Lagarde akan mengadakan lawatan ke Eropah minggu depan. Isu Greece mungkin menjadi topik utama dalam lawatannya.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China