Cari:
Lagi Kes Kematian Akibat MERS di Korea Selatan
2015-06-13 15:02:09 CRI Cetak

Menurut Kementerian Kesihatan Korea Selatan semalam, empat lagi kes Sindrom Pernafasan Virus Korona Timur Tengah (MERS) dikesan di Korea Selatan dan menyebabkan jumlah kes jangkitan MERS melonjak kepada 126 dan bilangan kematian mencatat 11 orang. Dalam pada itu, jumlah pesakit yang dikuarantin merupakan 3,680 orang yang berkurang 125 orang berbanding dengan hari Khamis.

Setakat pukul 3.00 petang semalam, masih terdapat 2,903 buah sekolah ditutup buat sementara waktu di negara itu.

Penolong Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), Keiji Fukuda semalam menyatakan bahawa kerajaan Korea Selatan telah mengambil tindakan yang sejawarnya, namun masih memerlukan beberapa minggu untuk melihat keberkesanannya.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China