Cari:
Rundingan Perjanjian Pelaburan China-AS ke-19 di Beijing
2015-06-13 15:24:32 CRI Cetak

Rundingan perjanjian pelaburan China-AS pusingan ke-19 diadakan di Beijing pada 8 hingga 12 Jun ini. Kedua-dua pihak mengadakan rundingan mengenai senarai negatif yang menandakan rundingan perjanjian pelaburan ini memasuki fasa yang baharu.

China dan AS telah mengadakan rundingan 19 kali sejak tahun 2008. Pada bulan Julai tahun 2013, kedua-dua pihak bersetuju untuk mengadakan rundingan substantif dengan model "Layanan Kerakyatan Sebelum Diwujudkan( Pre -establishment National Treatment (PENT)) dan senarai negatif". Kedua-dua negara ini sepakat berpendapat akan menjadikan rundingan perjanjian pelaburan ini sebagai perkara penting dalam hubungan ekonomi dan perdagangan dua hala, dan bersedia untuk menyediakan sumber yang mustahak kepada rundingan ini agar mencapai perjanjian pelaburan yang saling menguntungkan dan bertaraf tinggi.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China