Cari:
Forum GMS Akan Dianjurkan Setiap Tahun
2015-06-14 17:26:06 CRI Cetak
Forum Kerjasama Kewangan Sub-kawasan Sungai Mekong (GMS) diadakan di Kunming, China semalam.

Seramai 300 tokoh sektor kewangan dari China, Thailand, Laos, Myanmar dan negara lain mengadakan perbincangan tentang kerjasama kewangan dan kaedah untuk mewujudkan situasi menang-menang menjurus kepada matlamat untuk membina "Satu Jalur, Satu Laluan", di samping mencapai "Persetujuan Forum Kerjasama Kewangan Sub-kawasan Sungai Mekong 2015".

Para peserta mengemukakan cadangan agar Forum GMS diadakan setiap tahun dan menjadikannya komponen penting Minggu Aktiviti Koridor Ekonomi GMS serta menyediakan platform kepada kerajaan bandar wilayah dan provinsi di sepanjang koridor ekonomi itu untuk melakukan interaksi, inovasi dan kerjasama kewangan.

Para peserta berpendapat, strategi "Satu Jalur, Satu Laluan" akan bermanfaat kepada negara-negara yang berkaitan. Sebagai tonggak penting, pengumpulan dan peredaran modal akan menggalakkan kerjasama dan mewujudkan situasi menang-menang bagi industri kewangan pelbagai negara.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China