Seorang lelaki warga Korea Selatan menunjukkan simpton yang disyaki sebagai penyakit Sindrom Pernafasan Virus Korona Timur Tengah (MERS) di Slovakia semalam.
Jurucakap Kementerian Kesihatan Slovakia, Peter Bubla mengesahkan seorang pasakit yang disyaki dijangkiti virus MERS dikuarantin di hospital yang berafiliasi pada Universiti Bratislava.
Menurut laporan media tempatan,lelaki Korea Selatan ini ialah seorang pekerja dari Syarikat Kenderaan KIA Korea Selatan. Dia tiba di Slovakia pada 3 Jun lalu dan menunjukkan simpton penyakit MERS semalam. Jabatan berkenaan segera menghantarnya ke hospital.
Dalam pada itu, delegasi khas bersama Pertubuhan Kesihatan Sedunia(WHO) dan Kementerian Kesihatan Korea Selatan menyelesaikan penilainan selama lima hari terhadap wabak itu. Menurut ketua delegasi itu yang juga penolong Ketua Pengarah WHO, Keiji Fukuda, kerajaan Korea Selatan digesa terus mengambil tindakan untuk meningkatkan pemantauan, kuarantin dan menyekat pelancongan pesakit yang disyaki dijangkiti virus MERS demi mencegah wabak itu daripada terus menular.