Konflik bersenjata antara pasukan kerajaan Iraq dengan kumpulan militan Negara Islam(IS) di beberapa kawasan di negara itu mengakibatkan sekurang-kurangnya 38 anggota tentera kerajaan dan militia terkorban dan 19 lagi anggota IS mati.
Menurut badan keselamatan Iraq, 80 orang askar AS daripada 450 anggota tentera yang dirancang dihantar oleh kerajaan AS kepada Iraq, telah tiba di sebuah pangkalan tentera di barat negara itu semalam. Mereka akan memberi latihan kepada anggota tentera kerajaan dan militia Iraq.
Setakat ini, bilangan anggota tentera AS yang dihantar ke Iraq mencatat kira-kira 3,100 orang. Penambahan anggota tentera kali ini akan meningkatkan angka itu kepada 3,550 orang. Pakatan antarabangsa yang diketuai oleh AS telah melancarkan serangan udara lebih 4,000 kali terhadap IS.