Cari:
Kesemua Mayat Mangsa Kapal Pesiar Bintang Timur Ditemukan
2015-06-14 15:42:25 CRI Cetak

Menurut markas operasi menyelamat kemalangan kapal pesiar Bintang Timur petang semalam, pihak berkenaan mengesahkan bahawa terdapat 454 orang penumpang dan anak kapal dalam kapal pesiar yang tenggelam di Sungai Yangtze, antaranya 12 orang berjaya diselamatkan, manakala 442 orang maut. Identiti 442 mayat mangsa telah dikenalpasti dan mayat tersebut diberikan kepada anggota keluarga mangsa selepas dibanding dengan sampel DNA anggota keluarga. Setakat ini, usaha pencarian berakhir berikutan kesemua mayat mangsa ditemukan. Badan berkenaan akan terus mengendalikan semua urusan selepas kemalangan dan melakukan siasatan terhadap punca kemalangan itu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China