Cari:
China Saran Hubungan Ketenteraan Model Baharu dengan AS
2015-06-15 11:42:26 CRI Cetak

China menyarankan pembentukan hubungan ketenteraan model baharu yang saling mempercayai, bersifat bekerjasama, tidak berkonflik dan konsisten dengan AS.

Saranan itu dikemukakan oleh Naib Pengerusi Suruhanjaya Tentera Pusat China, Fan Changlong dalam lawatannya ke AS pada 8 hingga 12 Jun lalu.  

Menyentuh isu Laut China Selatan, Fan mendesak AS berpegang kepada pendirian yang tidak memihak kepada mana-mana pihak, mengurangkan kegiatan ketenteraan di ruang udara dan perairan Laut China Selatan sekali gus mengelakkan tindakan yang menjejaskan keamanan serantau.

Dalam pada itu, pihak AS menegaskan bahawa isu Laut China Selatan bukan masalah antara AS dan China. AS berkecuali dalam isu tersebut dan berharap isu itu dapat diselesaikan secara damai melalui rundingan antara pihak-pihak yang berkenaan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China