Cari:
Dapat Anak Kembar Kalaupun Umur 85 Tahun
2015-06-15 13:30:59 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Seorang lelaki berusia 85 tahun di Turki terkejut apabila dia menjadi bapa semula selepas isterinya melahirkan anak kembar lelaki.

Lelaki itu yang merupakan seorang petani, Abdullah Sevinc menyambut kelahiran anak ke-15 itu selepas isterinya, Hanifa Abdullah Mihrinaz yang berusia 46 tahun melahirkan anak kembar di bandar Van, Turki baru-baru ini.

Sebelum ini, warga emas berkenaan mempunyai 10 orang anak namun isteri pertamanya meninggal dunia kira-kira 15 tahun lalu.

Abdullah kemudian berkahwin dengan isteri keduanya, Hanifa pada 2006 dan dikurniakan tiga anak.

"Ini semua kuasa Tuhan. Saya tidak menyangka akan mendapat anak kembar.

"Saya memang sudah berusia tetapi masih sihat. Namun, saya agak malu tetapi tiada apa yang boleh saya lakukan kerana ini adalah rezeki," katanya.

Menurutnya, dia tidak mahukan anak lagi pada masa hadapan memandangkan bilangan 15 anak sudah mencukupi.

(sumber daripada Kosmo Malaysia)

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China