Cari:
Muzik Jiwa Christopher Lee
2015-06-15 15:12:32 CRI Cetak

Mungkin ramai yang tidak tahu, mendiang pelakon veteran Britian, Christopher Lee sebenarnya turut berbakat besar sebagai penyanyi.

Meskipun karier nyanyiannya tidak begitu berkembang seperti lakonan, namun muzik adalah sebahagian daripada jiwanya.

Bintang filem Lord of The Rings itu pernah muncul dalam beberapa persembahan seperti The Return of Captain Invincible pada 1983.

Malah, pada 1973, Chris pernah muncul menerusi album Band On The Run milik Paul McCartney & Wings selain pernah berkerjasama dengan Tony Iommi. Empat tahun sebelum kematiannya, bintang filem Star Wars itu sempat merakamkan karya simfoni heavy metalnya, Charlemagne: By the Sword and the Cross.

Lebih membanggakan, album terbabit menerima pujian daripada pengkritik selain dianugerahkan penghargaan 'Spirit of Metal' dalam Metal Hammer Golden Gods Awards.

Bahkan, pada 2013, Chris sempat melancarkan sekuel album tersebut yang menggandingkannya dengan gitaris Black Sabbath Tony Iommi.

"Orang tak pernah mengira saya adalah artis metal. Inilah saya," katanya dalam sebuah wawancara. 

Chris Lee menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 93 tahun di Pusat Perubatan London's Chelsea and Westminter pada 7 Jun lalu.

(sumber daripada Sinarharian Malaysia)

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China