Kerajaan Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong dijadualkan membahaskan Usul mengenai Cara Pemilihan Ketua Eksekutif Melalui Hak Mengundi Sejagat dalam Majlis Undangan esok. Tokoh-tokoh pelbagai lapisan masyarakat tempatan menyeru agar usul tersebut diluluskan bagi merealisasikan pemilihan ketua eksekutif melalui "satu orang, satu undi" pada tahun 2017.