98% sarjana Perlembagaan Jepun beranggapan bahawa rang undang-undang keselamatan yang dikemukakan oleh kabinet Shinzo Abe melanggar fasal ke-9 Perlembagaan.
Demikian hasil soal selidik yang dilakukan oleh Stesen TV Asahi terhadap 198 orang sarjana Perlembagaan Jepun baru-baru ini. 127 sarjana daripada mereka menganggap rang undang-undang keselamatan yang membenarkan pelaksanaan hak pertahanan diri kolektif melanggar Perlembagaan.