Gesaan tersebut dibuat melalui jurucakap Kementerian Luar, Lu Kang dalam sidang media semalam.
Menurut beliau, tahun ini merupakan ulang tahun ke-70 kemenangan Perang Anti-Fasis Dunia dan Perang Rakyat China Menentang Pencerobohan Jepun. Sikap pemimpin Jepun terhadap isu sejarah serta hala tuju dasar keselamatan negara ini menjadi tumpuan negara-negara jirannya di Asia termasuk China. Pada hakikatnya, rakyat Jepun juga amat prihatin terhadap hal tersebut.
Beliau turut mendesak Jepun membetulkan sikap dalam isu sejarah bagi mengembalikan keyakinan jirannya di Asia.