Cari:
MERS: Tiada Penjangkitan Berterusan Sesama Manusia
2015-06-17 16:31:10 CRI Cetak
Virus Sindrom Pernafasan Asia Barat (MERS) tidak mempunyai keupayaan untuk dipindahkan secara berterusan daripada manusia kepada manusia.

Demikian ditegaskan semula oleh jurucakap Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Christian Lindmeier dalam sidang media di Geneva semalam.

Menurut beliau, sekarang virus tersebut hanya merebak di hospital serta dalam persekitaran berhampiran tempat virus itu membiak. Pada ketika ini, tiada bukti yang menunjukkan penularan wabak itu boleh berlaku secara berkesan dalam komuniti.

Tambah beliau, jumlah jangkitan MERS di Korea Selatan dijangka terus bertambah. Namun, dengan bantuan misi WHO serta langkah proaktif yang diambil oleh kerajaan Korea Selatan, wabak itu akan lebih mudah untuk dikawal.

Menurut statistik WHO, setakat semalam, jumlah kes jangkitan MERS di Korea Selatan mencatat 154, termasuk 18 kematian.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China