Cari:
Jurassic World Catat Sejarah Baharu Pecah Panggung
2015-06-17 12:28:10 CRI Cetak

Filem aksi "Jurassic World" mencatat rekod baharu dunia, sebagai filem yang mencatat kutipan tertinggi dalam seminggu.

Filem itu yang dibintangi Chris Pratt dan Bryce Dallas Howard, hingga kini sudah meraih USD 511 juta pendapatan global serta meraih kedudukan sebagai tayangan hujung minggu terbaik dalam sejarah, yang mana daripada jumlah itu, sejumlah USD 100 juta dari China.

"Jurassic World" meraih USD 208.8 juta dalam hujung minggu pertama, sekali gus menjadikan siri keempat 'Jurassic Park' itu mengatasi rekod 'Avengers' pada 2012.

Jualan tiket "Jurassic World" dengan itu jauh meninggalkan rekod global sebelum ini "Harry Potter and the Deathly Hallows: Part 2," pada 2011 yang meraih USD 483 juta.

Steven Spielberg, kembali sebagai penerbit bersama "Jurassic World," selepas menjadi pengarah dua siri awal.

(sumber daripada Bharian Online Malaysia)

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China