Cari:
Projek di Laut China Selatan Tidak Boleh Dipertikaikan
2015-06-18 10:51:21 CRI Cetak

China mempunyai kedaulatan yang tidak boleh dipertikaikan terhadap pulau dan terumbu di Laut China Selatan. Hal ini tidak perlu dibuktikan dengan projek pembinaan di situ. Demikian dinyatakan oleh jurucakap Kementerian Luar China, Lu Kang dalam sidang akhbar semalam.

Menurut beliau, projek pembinaan yang dijalankan China di wilayahnya sendiri bertujuan menjamin kehidupan warga China yang ditempatkan di situ serta meningkatkan kemampuan China untuk menyediakan barangan awam kepada negara-negara terlibat bagi merancakkan aktiviti perniagaan serantau. Hal ini tidak boleh dipertikaikan.

China berharap negara-negara terbabit, khususnya sesetengah negara di luar rantau ini melakukan lebih banyak usaha untuk mendorong keamanan dan kestabilan serantau, dan mengelakkan tindakan yang boleh menimbulkan ketegangan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China