Cari:
Pembangkang Jepun Kritik Rang Undang-undang Keselamatan
2015-06-18 12:29:33 CRI Cetak

Ketua parti-parti pembangkang utama Jepun mengkritik rang undang-undang keselamatan yang dikemukakan kabinet Shinzo Abe sebagai membelakangi Perlembagaan dan hasrat rakyat.

Pemimpin Parti Demokratik, parti pembangkang terbesar Jepun, Katsuya Okada dalam perdebatan Diet semalam berkata, rang undang-undang keselamatan itu membenarkan Jepun melaksanakan hak pertahanan diri kolektif, yang bertentangan dengan Perlembagaan. Tambah beliau, dengan mencontohi kaedah Shinzo Abe, kerajaan dan pemimpin Jepun pada masa akan datang juga boleh mengamalkan sistem pengambilan anggota tentera, yang dilarang Perlembagaan, melalui pindaan tafsiran Perlembagaan.

Pengerusi Parti Komunis Jepun, Kazuo Shii berkata, menurut rang undang-undang keselamatan itu, Pasukan Pertahanan Diri Jepun (SDF) boleh menyediakan sokongan logistik kepada negara asing. Walaupun tindakan ini bukan bermakna operasi ketenteraan bersama dengan negara lain, namun berdasarkan kelaziman ketenteraan, sokongan logistik itu juga sebagaian operasi pertempuran. Oleh itu, dakwaan Abe bahawa sokongan logistik yang disediakan oleh SDF kepada negara lain akan terbatas di kawasan yang selamat, adalah "tidak realistik, tidak rasional dan tidak logik".

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China