Usul mengenai cara pemilihan ketua eksekutif Hong Kong melalui hak undi umum ditolak selepas gagal memperoleh undi setuju melebihi 2/3 anggota Majlis Undangan, hari ini.
Usul tersebut diserahkan kepada Majlis Undangan untuk dibahaskan semalam. Sesi perdebatan selama 9 jam berhubung usul itu telah diadakan sebelum pengundian.