Cari:
LDP Mahu Kaji Semula Perbicaraan Tokyo
2015-06-19 15:11:20 CRI Cetak

Parti Liberal Demokratik (LDP) Jepun akan menubuhkan sebuah pertubuhan baharu pada musim panas ini untuk mengkaji semula Perbicaraan Tokyo, iaitu perbicaraan terhadap penjenayah Jepun dalam Perang Dunia II. Hal ini dianggap sebagai satu tindakan baharu Jepun untuk memutarbelitkan fakta sejarah.

Pengerusi Majlis Penyelidikan Polisi LDP, Tomomi Inada dalam sidang media semalam berkata, terdapat anggota parti yang menuntut dasar pendudukan tentera sekutu di Jepun pasca Perang Dunia II dikaji semula, termasuk proses penggubalan Perlembagaan sedia ada dan perbicaraan terhadap penjenayah perang yang diadakan di Tokyo. Inada bagaimanapun mendakwa LDP tidak akan menafikan keputusan yang dibuat dalam perbicaraan tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China