Cari:
Ban Ki-moon Kutuk Kes Tembakan di Gereja Lama, AS
2015-06-19 15:36:46 CRI Cetak

Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon mengeluarkan kenyataan menerusi jurucakapnya semalam, mengutuk kes tembakan yang berlaku di sebuah gereja lama di pinggir Charleston, Carolina Selatan, AS.

Ban dalam kenyataan itu menyifatkan kes tembakan itu jelasnya bermotifkan perkauman.

Pada malam 17 Jun waktu tempatan, seorang lelaki berkulit putih yang berusia lebih 20 tahun melepaskan beberapa das tembakan ke arah penduduk berkulit hitam yang sedang mengadakan upacara Misa di gereja Emanuel African Methodist Episcopal. Peristiwa itu menyebabkan 9 orang terbunuh.

Menurut makluman terkini daripada pihak polis AS, suspek yang melancarkan serangan itu telah ditangkap polis di Carolina Utara pada pagi 18 Jun.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China