Rantau Asia Pasifik bakal menjadi peneraju yang paling besar kepada pertumbuhan ekonomi dunia dalam tempoh beberapa dekad akan datang. Demikian dinyatakan oleh Presiden Rusia, Vladimir Putin dalam ucapannya pada sidang pleno Forum Ekonomi Antarabangsa St. Petersburg ke-19 semalam.
Menyentuh situasi semasa ekonomi Rusia, Putin berkata bahawa jumlah Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Rusia merosot 2.2% pada suku pertama tahun ini. Di samping itu, defisit kewangan dijangka mencatat 3.7% KNDK bagi tahun fiskal 2015. Bagaimanapun, ekonomi Rusia tidak mengalami krisis yang teruk seperti dijangkakan sebelum ini, sebaliknya negara ini sudah mempunyai keupayaan yang mencukupi untuk menangani kesulitan semasa.
Tambah beliau, Rusia yang kini menghadapi sekatan luar tidak akan mengamalkan dasar menutup pintu, sebaliknya akan terus meningkatkan tahap keterbukaan bagi mencari rakan kongsi baharu dan menerokai pasaran baharu.