Biro Penyiasatan Persekutuan AS (FBI) sedang menjalankan siasatan terhadap sebuah manifesto yang mengheboh-hebohkan rasialisme untuk mengenal pasti motif serangan tembakan di gereja kulit hitam di Charleston, Carolina Selatan. Manifesto itu berkemungkinan besar ditulis oleh lelaki berkulit putih yang melancarkan serangan terhadap Gereja Emanuel African Methodist Episcopal.
Penulis dalam manifesto yang mengandungi lebih 2,400 perkataan itu membuat penilaian terhadap pelbagai kaum di AS. Dalam pada itu, penulis mendakwa orang berkulit putih merupakan kaum yang paling unggul, selain menyatakan sokongan terhadap dasar aparteid. Menurut penulis itu, Charleston menjadi sasaran serangan kerana bandar ini mempunyai pasar pemerdagangan hamba berkulit hitam yang paling awal dalam sejarah AS.