Sekurang-kurangnya 14 orang penduduk awam terkorban dalam letupan bom yang berlaku di wilayah Helmand, selatan Afghanistan semalam.
Kejadian itu berlaku apabila sebuah bas mini terkena alat letupan rekaan (IED) yang diletakkan di tepi jalan pada pukul 6 petang waktu tempatan. Letupan itu menyebabkan sekurang-kurangnya 14 penumpang dalam bas tersebut terbunuh, manakala 5 orang lagi cedera.
Setakat ini, belum ada sebarang pihak yang mengaku bertanggungjawab atas serangan tersebut.
Menurut statistik yang dikeluarkan oleh misi PBB di Afghanistan, lebih 1,000 orang penduduk awam terbunuh dalam pertempuran dan konflik di negara itu dalam tempoh 4 bulan pertama tahun ini.