Menteri Luar Perancis, Laurent Fabius yang sedang membuat lawatan ke Palestin berkata demikian semalam.
Fabius berkata, tujuan lawatan beliau kali ini adalah menggalakkan rundingan damai antara Palestin dan Israel disambung semula serta mendengar pandangan pelbagai pihak yang terbabit.
Menurut beliau, Perancis mencadangkan penglibatan kumpulan antarabangsa pada peringkat akhir rundingan damai agar pelbagai pihak terlibat dapat mengatasi halangan muktamad demi mencapai konsensus berkenaan. Rundingan ini sentiasa mengalami kegagalan pada peringkat akhir pada masa yang lalu dan amat memperlukan sokongan daripada masyarakat antarabangsa.
Dalam sidang media bersama dengan Laurent Fabius yang diadakan pada malam semalam, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menegaskan bahawa perdamaian antara negaranya dan Palestin hanya dapat dicapai melalui rundingan langsung yang tanpa prasyarat antara kedua-dua negara, bukanlah melalui faktor-faktor dari luar, seperti resolusi PBB.