Cari:
Draf Undang-undang Keselamatan Jepun Dianggap Melanggar Perlembagaan
2015-06-22 13:35:37 CRI Cetak

Hasil tinjauan pendapat umum terkini yang diumumkan Agensi Berita Kyoto Jepun semalam menunjukkan bahawa lebih separuh responden Jepun menganggap draf undang-undang keselamatan yang diserahkan oleh kerajaan Abe kepada Diet melanggar Perlembagaan negara itu.

Menurut tinjauan pendapat umum yang dijalankan melalui telefon, 56.7% responden menganggap draf undang-undang itu melanggar Perlembagaan, manakala hanya 29.2% penduduk yang menganggap itu tidak melanggar Perlembagaan. 58.7% responden menyatakan tentangan terhadap draf undang-undang itu. Angka ini meningkat 11.1% berbanding tinjauan yang dijalankan pada bulan Mei lalu. Manakala penduduk yang menyokong draf undang-undang itu mencatat 27.8%. Selain itu, 84% penduduk menganggap kerajaan Abe tidak memberikan penjelasan yang sepenuhnya terhadap draf undang-undang itu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China