Cari:
Hubungan Rusia-AS Tidak Akan Pulih Sebelum Krisis Ukraine Diselesaikan
2015-06-22 13:36:45 CRI Cetak

Sebelum krisis Ukraine diselesaikan, hubungan Rusia dengan AS tidak dapat diperbaiki. Demikian dinyatakan Ketua Pejabat Presiden Rusia, Sergey Ivanov ketika diwawancara oleh Finacial Times Britain semalam.

Media arus dana Rusia termasuk Agensi Berita Itar-Tass melaporkan, Ivanov dalam wawancara itu berkata, AS adalah gergasi ekonomi di dunia dan juga kuat dalam bidang ketenteraan, Rusia tidak mahu melihat hubungan kedua-dua negara menjadi buruk. Beliau menyatakan bahawa hubungan Rusia-AS terjejas buruk pada setahun lalu, hampir semua saluran komunikasi diputuskan. Sehubungan dengan keadaan ini, Setiausaha Negara AS, John Kerry telah mengadakan pertemuan dengan Persiden Rusia, Viladimir Putin dan Menteri Luar, Sergei Lavrov di Sochi tidak lama lalu, ini amat bermakna bagi memperbaiki hubungan kedua-dua negara.

Ivanov berkata, negara-negara Barat termasuk AS melakukan sekatan terhadap Rusia berikutan isu Ukraine, antaranya termasuk melarang kelengkapan industri yang moden dieksport kepada Rusia. Rusia tidak akan menunduk kepala kepada sekatan ini dan berkemampuan menyelesaikan masalah ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China