Cari:
Jepun dan Korea Selatan Capai Persepakatan mengenai Permohonan Warisan Dunia Jepun
2015-06-22 14:47:49 CRI Cetak

Jepun dan Korea Selatan telah mencapai persepakatan untuk menyelesaikan isu permohonan warisan dunia Jepun secara perbincangan. Selain itu, kedua-dua pihak akan terus bermesyuarat mengenai isu "hamba seks" Perang Dunia Kedua.

Demikian dinyatakan oleh Menteri Luar Jepun, Fumio Kishida kepada wartawan setelah mengadakan rundingan dengan rakan sejawatnya dari Korea Selatan, Yun Byung-se di Tokyo semalam.

Fumio Kioshida berkata bahawa sebelum ini, Korea Selatan menentang Jepun yang memohon status Warisan Dunia UNESCO untuk Tapak Revolusi Industri Meiji kerana terdapat kemudahan yang dibina oleh warga Korea secara dipaksa.

Serentak itu, Fumio Kishida menyatakan kedua-dua pihak bersetuju mengadakan pertemuan menteri luar sempena persidangan antarabangsa serta mengadakan pertukaran lawatan. Kedua-dua pihak juga mengesahkan tiga negara termasuk Jepun, AS dan Korea Selatan akan meneruskan kerjasama dalam isu Republik Rakyat Demokratik Korea.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China