
Sandra Bullock, aktres berusia 51 tahun, mengakui berasa bangga kerana menjadi penjahat.
Walau bagaimanapun, yang dimaksudkan Bullock bukanlah menjadi seorang penjenayah, sebaliknya aktres ini berbangga kerana dapat melakonkan watak antagonis sebagai Scarlett Overkill dalam filem animasi terbaharu, Minions.

Menurut Bullock, karakter Scarlett tidak banyak berbeza dengan karakter yang pernah dilakonkan sebelum ini. Karakter tersebut pemarah dan lucu serta mempunyai semua sifat penjahat.
Beliau berasa bangga apabila dipilih untuk meminjamkan suara untuk karakter tersebut.








