Cari:
Kerjasama China-AS Sesuai dengan Kepentingan Negara dan Dunia
2015-06-23 12:45:52 CRI Cetak

Sempena Dialog Strategik dan Ekonomi China-AS pusingan ketujuh yang bakal diadakan di Washington pada 23 dan 24 Jun, anggota Dewan Negara China, Yang Jiechi, menyiarkan rencana dalam majalah Foreign Policy AS yang bertajuk "Kerjasama China-AS Bersesuaian dengan Kepentingan Kedua-dua Negara dan Dunia".

Mekanisme Dialog Strategik dan Ekonomi China-AS ditubuhkan pada tahun 2009. Dalam tempoh enam tahun lalu, terutamanya sejak Presiden China, Xi Jinping dan Presiden AS, Barack Obama bersepakat untuk membina hubungan negara besar jenis baharu pada tahun 2013, mekanisme tersebut terus berkembang dan memainkan peranan yang semakin positif dalam mendorong pertukaran dan kerjasama dalam pelbagai bidang antara kedua-dua negara.

Sejak hubungan diplomatik China-AS dijalinkan kira-kira 36 tahun yang lalu, hubungan strategik kedua-dua negara dan pengaruhnya semakin meningkat. Dalam situasi baharu, bidang kerjasama bagi kedua-dua negara juga telah banyak diperluas.

China bersedia melaksanakan persepakatan yang telah dicapai ketua negara kedua-dua pihak dengan tujuan membina hubungan negara besar jenis baharu, memperdalam komunikasi strategik, meningkatkan saling mempercayai dan mengelakkan salah faham, menangani perselisihan dan isu sensitif dengan sebaik-baiknya, berusaha memperluas pertukaran dan kerjasama pragmatik dalam pelbagai bidang.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China