Cari:
Jumlah Kematian Akibat MERS-Cov di Korea Selatan Meningkat
2015-06-23 12:47:06 CRI Cetak

Kementerian Kesihatan dan Kesejahteraan Korea Selatan memaklumkan, setakat pagi semalam, dua lagi kematian akibat Sindrom Pernafasan Virus Korona Asia Barat (MERS-Cov) dilaporkan menyebabkan jumlah kematian akibat MERS-Cov di Korea Selatan mencatat 27 orang.

Tiga lagi suspek telah dikenal pasti terdedah kepada penyakit tersebut sehingga jumlah pesakit mencatat 172 orang. Antaranya, 50 orang telah sembuh dan pulang ke rumah, manakala 95 orang lagi masih menerima rawatan di hospital. Setakat ini, 9331 orang telah dibebaskan daripada kuarantin, manakala masih terdapat 3833 orang lagi dalam kuarantin.

Naib Perdana Menteri Korea Selatan, Choi Kyung Hwan, semalam menyatakan bahawa wabak MERS-Cov telah banyak menjejaskan ekonomi negara, kerajaan bercadang untuk memperkenalkan beberapa rancangan bagi merangsang ekonomi termasuk menambah belanjawan.

Demi menyokong industri pelancongan, Persatuan Pelancongan Korea Selatan menyediakan Insurans Keselamatan MERS-Cov kepada pelancong asing.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China