Cari:
Obama:Rasialisme Masih Wujud di AS
2015-06-23 13:33:06 CRI Cetak

Presiden AS, Barack Obama, menyatakan semalam bahawa AS masih belum dapat membebaskan diri daripada pengaruh negatif sistem perhambaan orang hitam. Rasialisme masih wujud dalam kalangan masyarakat AS. Serentak dengan itu, hasil beberapa tinjauan umum menunjukkan bahawa majoriti penduduk AS menganggap masyarakat AS telah mempamerkan isu rasialisme yang semakin buruk dalam tempoh pemerintahan Obama.

Dalam siaran wawancara semalam, ketika menyebut kejadian yang berlaku di kota Charleston di negeri Carolina Selatan pada malam 17 Jun lalu, seorang lelaki yang membawa pistol telah menyerang gereja orang hitam dan mengakibatkan sembilan orang maut. Menurut Barack Obama, tidak menggunakan panggilan yang bermaksud menghina golongan kulit hitam tersebut tidak menandakan rasialisme telah hilang, sebaliknya rasialisme masih wujud dalam kalangan masyarakat AS.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China