Cari:
Iran: Pembekuan Program Nuklear Tidak Dapat Diterima
2015-06-24 15:21:35 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Pemimpin Tertinggi Iran, Ali Hosseini Khamenei, mengulangi keputusan akhir negaranya dalam rundingan nuklear Iran, termasuk Iran tidak dapat menerima program nuklear dibekukan untuk 10 tahun atau 15 tahun. Penyelidikan dan pembangunan nuklear mesti terus dijalankan.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan pertemuan dengan Presiden Iran, Hassan Rouhani, serta pegawai-pegawai yang lain pada 23 Jun lalu.

Khamenei berkata, asal sahaja perjanjian isu nuklear ditandatangani, AS dan Majlis Keselamatan PBB (UNSC) mesti membubarkan semua sekatan ekonomi dan kewangan terhadap Iran pada hari yang sama. Iran menolak Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) membuat pemeriksaan terhadap kemudahan ketenteraan Iran atau mengadakan "pemeriksaan bukan rutin" terhadap kemudahan yang lain.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China