Cari:
Sidang Bersama China-AS Mengenai Isu Perubahan Iklim di Washington
2015-06-24 16:06:39 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Sidang bersama mengenai isu perubahan iklim dalam kerangka Dialog Strategik dan Ekonomi China-AS pusingan ke-7 diadakan di Washington semalam. Sidang kali ini dipengerusikan bersama-sama oleh wakil khas Presiden China, yang juga Naib Perdana Menteri China, Wang Yang, ahli Dewan Negara China, Yang Jiechi dengan wakil khas Presiden AS, yang juga Setiausaha Negara, John Kerry dan Setiausaha Perbendaharaan AS, Jacob J.Lew.

Wang Yang menegaskan bahawa China dan AS patut memberikan fokus kepada kerjasama pragmatik, menggalakkan potensi kerjasama dalam bidang teknologi arang batu yang canggih, tenaga nuklear dan sumber yang boleh dikitar semula. Di samping itu, AS diharapkan dapat melonggarkan kawalan terhadap pengeksportan teknologi tinggi yang berkaitan dengan pengurangan pelepasan gas rumah hijau dan penjimatan tenaga.

John Kerry berkata, kedua-dua negara telah menjalankan kerjasama yang baik untuk menangani perubahan iklim. Dalam sesi pertemuan antara pemimpin kedua-dua negara yang diadakan pada bulan November tahun lalu, kedua-dua pihak mengumumkan sasaran tindakan masing-masing selepas tahun 2020. AS dan China yakin dapat terus mendominasi peranan di seluruh dunia demi kemajuan yang akan dicapai dalam Persidangan Perubahan Iklim PBB yang bakal diadakan di Paris pada akhir tahun ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China