Cari:
Isu Laut China Selatan Sepatutnya Bukan Masalah antara China dengan AS
2015-06-24 13:51:24 CRI Cetak

China sentiasa menjelaskan kepada AS bahawa isu Laut China Selatan bukanlah satu isu dan tidak sepatutnya menjadi masalah antara China dengan AS. Demikian dinyatakan jurucakap Kementerian Luar China, Lu Kang, dalam sidang media semalam.

Lu Kang berkata, China telah banyak kali menyatakan pendirian mengenai tujuan pembinaan pulau dan terumbu di Nansha. China menjalankan pembinaan berkenaan di wilayah kedaulatan China. China juga telah banyak kali menjelaskan kepada masyarakat antarabangsa bahawa tujuan pembinaan tersebut adalah untuk membaiki suasana kerja dan hidup rakyat yang tinggal di pulau dan terumbu tersebut, di samping meningkatkan kemampuan China untuk menghasilkan lebih banyak produk antarabangsa. Tujuan tersebut boleh dikatakan satu tujuan yang murni.

Tambah beliau, China bersetuju dengan cadangan AS untuk menjalankan kerjasama dua hala yang lebih erat dalam mengatasi pelbagai isu sejagat.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China