Cari:
Dialog Ekonomi China-AS Manfaatkan Syarikat dan Rakyat Kedua-dua Pihak
2015-06-24 14:36:46 CRI Cetak

Dialog Ekonomi pusingan ketujuh di bawah rangka Dialog Strategik dan Ekonomi China-AS bermula di Washington semalam. Wakil khas Presiden China, Xi Jinping, Naib Perdana Menteri China, Wang Yang dan wakil khas Presiden Barack Obama, Setiausaha Kewangan AS, Jacob J.Lew menyampaikan ucapan dalam majlis perasmian tersebut.

Wang Yang menyatakan bahawa kerjasama ekonomi merupakan batu asas dan peneraju hubungan China-AS. Dialog ekonomi adalah wahana yang amat diperlukan dalam kerjasama ekonomi China-AS. Dialog tersebut yang diadakan setiap tahun telah memberikan isyarat yang positif, menyediakan lebih banyak peluang perniagaan kepada syarikat dan memanfaatkan syarikat dan rakyat kedua-dua pihak.

Wang Yang juga menegaskan bahawa perselisihan yang wujud dalam hubungan ekonomi China-AS adalah perkara normal yang memerlukan perbincangan untuk menanganinya. Oleh hal yang demikian mekanisme dialog baharu perlu dibentuk. Kedua-dua pihak akan membaiki kaedah mekanisme dialog supaya dialog tersebut lebih efisien dan berkesan.

Jacob J.Lew pula berkata, Dialog Strategik dan Ekonomi China-AS telah menggalakkan persefahaman antara satu sama lain dan memperkasakan kerjasama pragmatik. Kedua-dua pihak perlu meningkatkan dialog dan komunikasi, berusaha untuk mewujudkan pembangunan negara masing-masing dan menggalakkan pertumbuhan ekonomi dunia.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China