Cari:
Askar dari Pelbagai Negara Sertai Perang Rakyat China Menentang Pencerobohan Jepun
2015-06-24 15:27:47 CRI Cetak

Naib Ketua Jabatan Penerangan Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China, Wang Shiming berkata semalam, Perang Rakyat China Menentang Pencerobohan Jepun adalah komponen penting dalam Perang Anti-Fasis Dunia dan memainkan peranan utama dalam medan perang di timur.

Menurut beliau, bekas Kesatuan Soviet terlebih dahulu memberikan bantuan kepada rakyat China dalam perang menentang pencerobohan Jepun, AS juga memberikan sokongan yang amat besar kepada China, di samping Britain dan Perancis turut memberikan sokongan ekonomi atau menjalankan kerjasama ketenteraan dengan China. Pada tempoh akhir perang tersebut, tentera bekas Kesatuan Soviet telah memasuki wilayah China dan berjuang bersama-sama dengan rakyat China bagi memastikan kemenangan perang tersebut dicapai dengan lebih cepat.

Wang Shiming menyatakan bahawa rakyat pelbagai negara telah memberikan sokongan kepada China dalam perang menentang pencerobohan Jepun, askar anti-Fasis dari pelbagai negara telah menyertai perang di China, antaranya termasuklah bekas Kesatuan Soviet, AS, Republik Rakyat Demokratik Korea, Vietnam, Laos, Kemboja, India, Myanmar, Thailand, Malaysia, Indonesia, Filipina, Britian, Kanada, Australia, New Zealand, Austria,Poland,Denmark, Czech, Slovakia, Jerman, Romania, Bugaria dan Jepun.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China