Cari:
Pasukan Bersenjata Kurdish Rampas Sebuah Pekan daripada IS
2015-06-24 15:30:14 CRI Cetak

Pasukan bersenjata puak Kurdish Syria mengumumkan semalam bahawa pihaknya telah menawan pekan Ain Issa, dalam daerah Ar RAqqah di kawasan timur laut Syria selepas bertempur dengan Kumpulan Militan Negara Islam (IS).

Pertubuhan Pengawasan Hak Asasi Manusia Syria yang beribu pejabat di London memaklumkan semalam bahawa gabungan antarabangsa anti-IS yang diketuai AS telah beberapa kali melancarkan serangan udara terhadap pangkalan IS di kawasan tersebut.

Menurut laporan lain, pertempuran antara pasukan bersenjata puak Kurdish dengan IS di kawasan utara Syria semakin meruncing, dalam tempoh dua minggu lalu, dengan bantuan serangan udara oleh beberapa negara termasuk AS, pejuang Kurdish telah menawan semula beberapa tempat di sempadan Syria-Turki antaranya termasuklah pekan Tel Abyad.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China