Cari:
AS, EU Digesa Muhasabah Diri dalam Isu Hak Asasi Manusia
2015-06-25 14:29:45 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Beberapa negara Kesatuan Eropah (EU) dan AS perlu bermuhasabah diri dalam isu hak asasi manusia dan bersikap bersungguh-sungguh dalam menangani isu tersebut.

Demikian dinyatakan oleh Wakil Tetap China ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Geneva, Wu Hailong, ketika menyampaikan ucapan dalam Mesyuarat ke-29 Majlis Hak Asasi Manusia PBB(UNHRC) semalam.

Wu Hailong berkata, AS, EU dan Jerman membuat tuduhan yang tidak berasas terhadap banyak negara termasuk China. China terpaksa mengingatkan AS untuk memeriksa diri sendiri dalam isu hak asasi manusia negaranya. Sebagai contoh, hak orang asli di AS sentiasa dicabul dalam jangka masa yang panjang dan isu-isu seperti diskriminasi perkauman, paksaan dan penyeksaan oleh agensi risikan semakin serius di negara tersebut.

Wu menyatakan bahawa isu diskriminasi perkauman dan agama serta xenofobia menjadi semakin buruk di kebanyakan negara EU. Hak imigran termasuk Muslim serta etnik minoriti tidak memperoleh jaminan yang sewajarnya.

Beliau menggesa negara-negara terlibat agar menyelesaikan perselisihan faham antara satu sama lain melalui dialog dan kerjasama demi kemajuan yang menyeluruh dapat dicapai dalam isu hak asasi manusia pelbagai negara.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China