Cari:
Dialog Strategik dan Ekonomi China-AS ke-7 di Washington
2015-06-25 17:48:00 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Dialog Strategik dan Ekonomi China-AS pusingan ke-7 diadakan di Washington, AS pada 23 hingga 24 Jun lalu. Dialog kali ini dipengerusikan bersama-sama oleh wakil khas Presiden China, Xi Jinping, Yang Jiechi dan wakil khas Presiden AS, Barack Obama, John Kerry.

Kedua-dua pihak mengadakan perbincangan secara mendalam berhubung dengan pelbagai topik antaranya termasuk pembinaan hubungan kuasa besar jenis baharu antara China dengan AS, memantapkan kerjasama bilateral yang pragmatik, memperkasakan kerjasama kedua-dua negara dalam isu rantau Asia-Pasifik, menangani isu-isu hangat serantau dan cabaran global serta mengendalikan perbezaan pendapat dengan lebih berkesan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China