Cari:
Upacara Peringati Kemenangan Perang China Amat Bererti
2015-06-25 11:34:59 CRI Cetak

Jabatan Penerangan Dewan Negara China kelmarin mengumumkan secara rasmi perhimpunan memperingati ulang tahun ke-70 kemenangan perang anti-pencerobohan Jepun dan kemenangan perang anti-Fasis dunia akan diadakan di dataran Tian'anmen pada 3 September depan, antaranya termasuklah perbarisan tentera. Pakar dari seberang laut dan pihak media menganggap upacara tersebut amat bererti.

Mantan Setiausaha Politik Perdana Menteri Malaysia yang juga sarjana Sekolah Pengajian Antarabangsa S. Rajaratnam Universiti Teknologi Nanyang Singapura, Ei Sun Oh berkata, perang menentang pencerobohan Jepun di China adalah komponen penting dalam perang anti-Fasis dunia dan memainkan peranan penting bagi perang anti-Fasis dunia mencapai kemenangan sebenar.

Naib Pengerusi Pertama Persatuan Persahabatan Rusia-China, Galina Kulikova berkata, Rusia dan China yang masing-masing sebagai medan perang utama di Eropah dan Asia dalam Perang Dunia II telah melakukan pengorbanan yang amat besar agar peperangan tersebut mencapai kemenangan.

Laman web New York Times menyiarkan rencana yang menganggap perbarisan tentera yang bakal diadakan di China amat bermakna dan akan memperlihatkan kebangkitan China.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China